STRATEGI & PERBINCANGAN

Strategi-strategi yang digunakan dalam penghasilan video projek berkumpulan


UNSUR UMUM VARIASI DAN BUDAYA DALAM VIDEO

1. Loghat      
Perbezaan loghat Utara Malaysia dan antara Bahasa Inggeris serta bahagian Timur Malaysia. Juga termasuk perbezaan antara penggunaan bahasa Cina di negara Malaysia dengan negara China.

Sebagai contoh,

c: 给我一根吸管。
Berikan saya satu straw. 
m: 给我一枝水草。
Berikan saya satu rumput laut (rujuk kpd straw).

Contoh ini merupakan terjemahan literal, 水草shui cao merupakan rumput laut dan bukannya straw dalam bahasa cina. Tetapi masyarakat cina di Malaysia menyebut straw sebagai 水草shui cao. Hal ini amat mengelirukan orang cina di negara China dan Taiwan.

c: 你有带零钱吗?
Awak ada bawa duit kecil tak? 
m: 你有带散钱吗?
Awak ada bawa duit kecil(hokkien) tak?

Bahasa Cina di Malaysia dipengaruhi oleh dialek Hokkien, Teochew, Kantonese, bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan terbentuknya satu bahasa Cina yang sangat istimewa dan unik. Duit kecil merupakan 零钱líng qián dan bukannya 散钱sàn qián. Perkataan 散钱sàn qián adalah dipengaruhi oleh sebutan dialek Hokkien.


c: 服务员,请问你们这里有什么饮料?
Pelayan, di sini ada apa minuman?
m: 小姐,请问你们这里有什么水?
Cik(konotasi negatif), di sini ada apa air?

Di negara China dan Taiwan, istilah 小姐xiao jie mempunyai konotasi yang negatif pada zaman ini. Panggilan tersebut hanya digunakan untuk pelacur dan wanita yang berkerja di sektor yang melibatkan seks. Jadi, istilah tersebut tidak boleh digunakan untuk pelayan. Masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh bahasa Inggeris yang menggunakan istilah “miss”. Istilah 饮料yin liao merupakan minuman manakala 水shui merupakan H₂O dan bukannya minuman. Jika seseorang hanya menyebut 水shui di luar negara maka dia hanya akan mendapatkan air kosong.


c: 你可以给我一个塑料袋吗?
Bolehkan beri saya satu plastik?
m: 你可以给我一个纸袋吗?
Bolehkah beri saya satu plastik(beg kertas)?

Di Malaysia, kita hanya menggunakan 纸袋zhidai untuk merujuk plastik, sebenarnya ia hanya bermaksud beg kertas. Istilah yang betul adalah 塑料袋shuliaodai.

2. Pangkat dan kata panggilan
Penggunaan pangkat dan kata panggilan dalam budaya Melayu.
3. Latah
Kelaziman latah sebagai satu kebiasaan dalam budaya Melayu.
4. Bahasa klasik
Perbezaan bahasa klasik Melayu dan bahasa pasar bahasa Melayu yang melalui proses peredaran zaman. Bahasa klasik Cina dan moden juga mempunyai perbezaan yang berlaku disebabkan oleh peredaran zaman.

Sebagai contoh,
A: 彼采葛兮,
B: Wanita pengumpul tanaman obat itu,
A: 一日不见,

B: Sehari tidak jumpa,
A: 如三秋兮。

B: Serasa tiga musim gugur lamanya.



bǐ bermaksud itu dan dia dalam bahasa cina klasik. Zaman sekarang merupakan tā.

xī tidak lagi menggunakan pada zaman sekarang tetapi perkataan itu merupakan kata seruan bahasa cina klasik dan mempunyai maksud ah dan yah.

5. Perbezaan prasarana
Budaya prasarana yang berbeza antara negara.
6. Sistem sukatan
Perbezaan sistem sukatan yang telah menimbulkan salah faham antara negara.
7. Slanga internet
Penggunaan slanga internet semakin meluas akibat perkembangan teknologi.
8. Selebriti
Pemahaman budaya dalam mengenali bakat seni tempatan dan antarabangsa.
9. Makanan

Perbezaan antara adat, nama serta jenis makanan mengikut geografi dan budaya.



STRATEGI TERJEMAHAN


1. Pengguguran

Pengguguran menurut Newmark (1988) merupakan prosedur yang dilakukan secara tidak sengaja untuk memperbaiki teks sumber dan menghasilkan bahasa sasaran yang kedengaran semulajadi tanpa meninggalkan maklumat penting.

Contoh:

TS
TT
Kami orang Islam wajib menunaikan solat mengikut waktu
We have to pray in accordance to the time allocated.






2. Parafrasa

Vinay & Darbelnet (2000) menyatakan bahawa prosedur parafrasa digunakan bagi menghasilkan teks sasaran yang menggunakan maklumat penting daripada teks sumber. Parafrasa memudahkan penonton untuk memahami pengucapan yang dilakukan dalam bahasa sasaran.

Contoh:

TS
TT
Kan kawasan terlindung, bersih lagi. Jauh lagi bersih berbanding tandas di negara saya.
This place is clean enough for me to perform my prayer.






3. Padanan budaya

Padanan budaya oleh Newmark (1988) merupakan prosedur yang menggunakan padanan budaya yang sedia ada dalam budaya sasaran. Penggunaan prosedur ini adalah bersesuaian untuk penonton memahami konteks budaya sumber.

Contoh:

TS
TT
Hey dude, where’s the toilet paper!?
Abang, mana kertas tisu?






4. Literal

Prosedur literal menurut Vinay & Darbelnet (2000) merupakan prosedur pada tahap terjemahan perkataan demi perkataan tetapi masih mengikut hukum tatabahasa bahasa sasaran. Terjemahan literal dibuat adalah berdasarkan situasi yang bersesuaian.

Contoh:

TS
TT
Oh hello there, nice to meet you new friend. This is my first time of having a friend from Southeast Asian region. How is Malaysia? I heard about your country from a singer named Yuna in New York. Isn’t she from your country?
Helo, gembira bertemu anda. Ini adalah kali pertama saya mempunyai kawan dari kawasan Asia Tenggara. Malaysia bagaimana? Saya pernah dengar tentang negara anda daripada seorang penyanyi bernama Yuna. Bukankah dia dari negara anda?