KESIMPULAN
Melalui penghasilan video projek
berkumpulan ini, kami lebih memahami akan variasi bahasa dan budaya yang
terdapat di Malaysia. Pemahaman budaya dan bahasa ini akan mengajar untuk lebih
menghargai keunikan yang berada di persekitaran kami.
Selain itu, pemahaman yang kami
peroleh dalam penggunaan software melalui
pengalaman menghasilkan dan menyunting video ini adalah lebih mendalam.
Penghasilan skrip yang lebih bersifat komunikatif adalah penting agar dialog
dalam video tidak berbunyi janggal selain daripada bertujuan untuk memudahkan
pemahaman buat penonton.
Akhir sekali, kami gembira
melakukan projek ini dan menerusi projek ini juga, kami mengetahui kepentingan
semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Secara tidak langsung, kami juga sedar
akan kepentingan untuk menjadi penterjemah/jurubahasa yang serba boleh dan
memenuhi keperluan pasaran.
