MASALAH TEKNIKAL & BUKAN TEKNIKAL
Masalah yang dihadapi semasa proses penghasilan video projek berkumpulan
Masalah Teknikal
1. Padanan suara
Kumpulan kami menghadapi masalah bagi mencari padanan
suara bagi situasi yang memerlukan penggunaan suara latar penterjemah text-to-speech. Korpus pengucapan Bahasa
Melayu tidak wujud dalam carian internet.
Penyelesaian: Penyuaraan latar dibuat bagi menggantikan text-to-speech.
2.
Kualiti suara
Kualiti suara di dalam video adalah tidak memuaskan
kerana penggunaan perakam telefon bimbit.
Penyelesaian: Penyuaraan latar dibuat bagi memperbaiki
kualiti suara yang terdapat di dalam video.
3. Kekuatan bunyi video
Fungsi Dolby Audio (bergantung kepada pemacu perkakasan atau perisian) menyebabkan kekuatan bunyi dalam video kedengaran seragam. Sebenarnya bunyi dalam video sangat tidak seragam apabila dimainkan dalam komputer tanpa fungsi Dolby Audio.
Penyelesaian: Sunting semula keseluruhan video tanpa Dolby Audio supaya bunyi dalam video kedengaran jelas dan seragam.

Masalah Bukan Teknikal
1. Elemen penterjemahan mengikut budaya
Bagi menyesuaikan dialog yang bersifat komunikatif dan
bersesuaian dengan budaya, dialog perlu dihasilkan mengikut kepadanan bentuk
komunikasi.
Penyelesaian: Strategi dan prosedur terjemahan yang berkaitan digunakan bagi menghasilkan dialog yang berbunyi semulajadi dalam bentuk komunikasi lisan.