PENGENALAN

Pengenalan konsep video projek berkumpulan 


Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang ahli:

1. Ariff Ahsraff Azlan
2. Gan Almaz
3. Lee Mooi Heoh
4. Nireji Kato
5. Noor Syafiqah Zainal Bekri
6. Siti Fatimah Abdul Ghani



KONSEP VIDEO
Konsep yang diketengahkan dalam penghasilan video kumpulan kami adalah time travel (merentas masa). Pemilihan konsep ini dibuat bagi menyesuaikan pelbagai situasi yang terdapat di dalam video selain meluaskan ruang kreativiti semasa proses penulisan skrip dijalankan.
Konsep ini diilhamkan daripada sebuah video animasi mengenai seorang pelajar yang merentas masa ke zaman sewaktu bangsa berkulit hitam di Amerika Syarikat telah ditindas. Perjalanan merentas masanya itu telah mengajar dia untuk tidak mengambil kesempatan ke atas kehidupannya pada masa kini. Konsep merentas masa yang dilalui oleh watak utama adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan bahasa yang terdapat di dunia.  
Teknik interpretasi dwisisi dan serentak ditunjukkan serta disesuaikan mengikut situasi yang pelbagai. 20 unsur yang mengetengahkan unsur variasi bahasa dan budaya menjadi fokus dalam penghasilan video projek berkumpulan kami. 


SINOPSIS VIDEO

Watak utama, A Cap sedang mengikuti kuliah HBT310 Teori dan Praktik Interpretasi. Sesuai dengan kebiasaannya yang sering tertidur di dalam kelas, kuliah yang sedang dilaluinya pada hari itu masih tidak cukup untuk membuatkan A Cap kekal terjaga. Sewaktu dia sedang tidur, dia diberikan misi sebagai jurubahasa lalu dibawa merentas masa serta tempat. Pengembaraannya itu telah membawa dia untuk memahami kepelbagaian bahasa dan budaya masyarakat dunia dalam 16 buah situasi merentas pelbagai dimensi. Kepelbagaian budaya dan bahasa yang dipelajari sepanjang pengembaraannya telah mengajar A Cap untuk menghargai keunikan yang terdapat dalam perbezaan tersebut. Kebolehan merentas masa dan tempat yang diperoleh oleh A Cap secara tidak langsung telah membuka mindanya untuk tidak lagi tertidur di dalam kelas serta menghargai nilai ilmu yang disampaikan oleh pensyarah.